Saturday 28 March 2015

DAP + HUDUD = TIADA UNTUNG /// ROUND 1




Gang-gang DAP dah lama perang hudud… PAS pula tak pernah beralah dari isu yang sama.. tapi hipokritnya PAS masih lagi amik port dengan PAKATAN RAKYAT sampai DAP sendiri xbley tahan nak keluar dari PAKATAN RAKYAT yang tak berapa nak sepakat tu… diorang dah x nak gang.. lu blah je la… 

Wa dah agak sooner or later DAP akan bertindak demikian dan PAS kini terkontang-kanting bersendirian melayan ombak rindu.. tu la orang nasihat taknak dengar.. Sekarang lu orang tengok PKR plak dah siap-siap pasang orang die kat dalam. . kena kencing je la dengan DORAEMON tu… takkan wa nak cakap juga sapa DORAEMON yang Bang Non pasang kan.. sendiri mau ingatla bro… 

PAS SARAWAK pula sila ambil iktibar dari apa yang dah jadi.. jangan asyik jadi boneka… DAP buat IMPIAN SARAWAK… lu orang pun kecoh nak buat UNTUKMU SARAWAK… tapi wa cakap depan-depan la… lu orang PAS SARAWAK ni sebenarnya jadi pom-pom girl je ke kat SARAWAK ????!!! Wa tak bley blah betul dgn lu orang ni… Jangan nak bangga sangat dengan result BETING MARO tu… lu orang kata menang.. wa kata KALAH!!  

Rumah-rumah persundalan belambak-lambak dekat KUCHING, MIRI, BINTULU dan SIBU… lu orang kata nak perjuangkan ISLAM secara total… ni wa bagi assignment kat lu orang PAS SARAWAK yang baru nak UP ni… kira wa bagi tips la ni… baca dan share dengan ente.. anta.. unta korang… x cukup cerah lagi?! Budak tadika kalau baca tajuk ni pun dah paham… 
 
Dah la… wa taknak cakap banyak.. budak-budak baru nak up kena bagi tips sikit je… nasihat tak bebayar ni…

#Waxdehalbro #lupikirlasendiri #sengat #bisa #sengatnyatudisini

SAYONARA DSAI ///


Ni wa suka... Dari le dia buat hal sana sini sampai sekarang dah nak masuk penjara... tak habis-habis lagi dengan sandiwara die... Sengat just nak pesan dengan Bang Non... kat dalam tu kalau mandi... pegang sabun tu kuat-kuat... kalau dah jatuh biarkan jela... tapi rasanya Bang Non mesti kutip juga kan!!! Bang Non kat dalam tu boleh baca posting sengat tak???!! ;p

Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu. Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong. Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut. Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April.

Sekarang sengat nak tanya.... Bang non rasa apa? Oren?

Saturday 21 March 2015

ROYALTI MINYAK : DUSTA ATAU SANDIWARA ADENAN /// VIDEO ///


Pada Persidangan DUN SARAWAK yang lepas YB ABDULLAH SAIDOL- Ketua Setiausaha Politik KM SARAWAK telah mengumumkan tuntutan menaikan royalti minyak SARAWAK dari 5% ke 20%... dan semenjak dari itu pelbagai pihak telah menimbulkan bermacam-macam ragam reaksi.. ada yang positif dan ada yang negatif... tak kurang juga dengan yang mengambil kesempatan mendakwa CM SARAWAK pro kepada gerakan SARAWAK FOR SARAWAKIAN... SSKM..  huh suka-suka hati lu orang cakap Tok Nan macam tu kan ?! Takpe.. hal tu wa sengat di aritikel yang lain...

Baru-baru ni juga seorang " orang tua baru nak up " dok putar belit pasal kenyataan Tok Nan berhubung tuntutan Royalti Minyak SARAWAK... Wa dengar Tok Nan cakap  " BELUM BERJAYA " dan bukannya " GAGAL " !!! Nak tau sape budak tu?! atau lebih sesuai wa sebut OTAI... JOSEPH TAWIE.. mamat ni selalu buat duit buat artikel tersohor beliau untuk MALAYSIA KINI.. beliau juga ada blog sendiri... blog die wa cakap lu... lagi sempoi dari blog wa ni... hahahah... tapi nak tulis artikel tu biarla betul...jangan la ikut taksiran sendiri bro... 

Jom tengok video di bawah untuk kasi confirm apa sebenar Adenan cakap!!


PKR TIDAK SOKONG HUDUD ///


Wa heran...ada juga orang Islam tolak Hudud...bukan atas pendirian sendiri, tapi saja ikut pendirian DAP!!!

PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

"Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang Undang-undang persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang persendirian tersebut atau tidak.

Ia berikutan, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan.

"Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib  Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan itu lagi.

DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman ppenjara.

Malah terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR.

DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37  dan 21 kerusi di Parlimen.  

SENGAT : INTRO ///

Hello orang-orang SARAWAK !! nama berita? anih agah? apa khabar tak urang?! hahaha.. wa saja nak bagi intro sikit la.. masuk kandang kambing... ngembek... masuk kandang harimau... mengaum... masuk sarang penyengat.. wa sengat la ! hahaha.. 

Sebenarnya wa dah lama dok peratikan senario politik SARAWAK ni.. mmg class... marvellous... tip top condition.. see to believe !!! ahaks! perpaduan kaum yang dipamerkan oleh rakyat SARAWAK cukup baik dan harus dicontohi oleh negeri-negeri lain... wa sayang orang SARAWAK beb !! dan pasal wa sayang la... wa terpaksa nak menyengat sekarang ni... 
 
Semenjak dua menjak ni.. wa tengok senario politik dan sosial SARAWAK telah dicemari dengan anasir-anasir ntah hape-hape.. nak KELUAR MALAYSIA la... HAK BERSUARA la... RFS la.. S4S.. BERSIH... HUDUD... PKR... DAP... PAS... Intra Parties PROBLEM... dan bermacam-macam masalah lagi...  tanga wa gegar beb! rasa nak nyengat je... dah lama tahan ni... 
 
Wasiat untuk pakatan rakyat Sarawak...

Wa sudah lama perhati lu orang..wa tak boleh tahan.. 

Sekarang, wa mau ikut lu oprang punya game!!

Jangan nangis kalau wa SENGAT!!!